PROPOSAL PENYELIDIKAN

1.0 Pengenalan:

Daerah Kota Tinggi merupakan kawasan pelancongan yang terkenal di Johor. Salah satu tarikannya adalah keindahan alam semulajadi terutama di hilir Sungai Johor. Pelancong datang ke sungai ini untuk menyaksikan keindahan kunang-kunang pada waktu malam. Daerah ini juga dikenali kerana sejarahnya yang mempunyai hubungkait dengan kisah pembunuhan Sultan Mahmud Syah oleh Laksamana Bentan. Makam yang terletak di Kampung Kelantan ini menjadi tumpuan pelancong asing mahupun tempatan sejak dahulu lagi. Dengan kebanjiran pelancong-pelancong ini, secara tak langsung memberi pendapatan yang lebih kepada para peniaga yang kebanyakannnya perniagaan mereka berdasarkan tekstil. Jadi kumpulan kami ingin mengkaji kesan banjir terhadap sektor pelancongan di daerah ini.

2.0 Tajuk Penyelidikan:

KESAN BANJIR TERHADAP SEKTOR PELANCONGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

3.0 Objektif:

i. Mengkaji impak banjir kepada sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor.

ii. Memberikan informasi kepada masyarakat luar mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kota Tinggi, Johor.

iii. Mengkaji kesan banjir terhadap hotel-hotel penginapan di Kota Tinggi.

iv. Melihat perubahan landskap di kawasan tumpuan pelancong selepas banjir.

4.0 Sasaran peserta:

i. Pekerja di Tourism Department

ii. Pemilik-pemilik hotel

iii. Penduduk sekitar Makam Laksamana Bentan

iv. Penduduk sekitar kawasan kunang-kunang

v. Peniaga sekitar Kota Tinggi

vi. Pengusaha tekstil

vii. Pelancong

5.0 Metodologi:

i. Soal selidik (sila rujuk Lampiran 2)

ii. Temu ramah

iii. Pemerhatian secara langsung

6.0 Skop kajian:

Mengkaji kesan banjir sebelum, selepas dan akan datang terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor.

7.0 Tentatif Program:

  • Sila rujuk Lampiran 1

8.0 Penutup:

Secara keseluruhannya kami berharap supaya dengan hasil kajian kami ini, dapat menyuntik semangat baru kepada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya yang terlibat dengan kejadian banjir ini.

Kami juga berharap dengan hasil kajian ini,dapat mewujudkan modal insan di kalangan pelajar secara amnya dan khususnya kepada pelajar kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar supaya mantap dari segi teori dan praktikal. Dengan ini, kami amat mengharapkan kerjasama dan sokongan serta komitmen dari semua pihak terutamanya penyelaras program dan warga kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar ini sendiri.

Kami amatlah berbesar hati supaya kajian lapangan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang kesulitan yang akan membantutkan dan menjejaskan program ini kelak. Segala kerjasama yang bakal diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta dapat melahirkan insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang baik pada bangsa, agama dan negara.



Objektif:
Mengkaji impak banjir kepada sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor.
Merapatkan silaturrahim antara penduduk kampung dan pelajar kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar.
Memperluaskan pengetahuan mahasiswa/i mengenai isu semasa.
Melengkapkan salah satu elemen dalam kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar.
Memberikan informasi kepada masyarakat luar mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kota Tinggi, Johor.


Anjuran:
Program Urbanisasi dan Pembangunan Bandar.
Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.


Tarikh dan Hari:
31 Ogos – 3 September 2007
Jumaat – Isnin


Tempat:

Sekitar daerah Kota Tinggi, Johor


Skop kajian:
Mengkaji kesan banjir sebelum, selepas dan akan datang terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor.


Sasaran peserta:
Pekerja di Tourism Department
Pemilik-pemilik hotel
Penduduk sekitar Makam Laksamana Bentan
Penduduk sekitar kawasan kunang-kunang
Peniaga sekitar Kota Tinggi
Pengusaha tekstil


Tentatif Program:
Sila rujuk Lampiran 1


Metodologi:
Soal selidik (sila rujuk Lampiran 2)
Temu ramah
Pemerhatian secara langsung

Questionaires

Sasaran responden:
i. Pekerja di Tourism Department
ii. Pemilik-pemilik hotel
iii. Penduduk sekitar Makam Laksamana Bentan
iv. Penduduk sekitar kawasan kunang-kunang
v. Peniaga sekitar Kota Tinggi
vi. Pengusaha tekstil
vii. Pelancong


Berikut adalah contoh borang soal selidik yang bakal kami berikan kepada responden yang terlibat:


Lampiran 2

Soal selidik
Bahagian A

1.Jantina
( ) lelaki
( ) perempuan

2.Umur
( ) bawah 18 tahun
( ) 18-25 tahun
( ) 25-40 tahun
( ) 40 tahun ke atas

3.Anda seorang...
( ) penduduk tempatan-teruskan ke seksyen 1
( ) peniaga-teruskan ke seksyen 2
( ) pelancong-teruskan ke seksyen 3
( )pekerja pejabat pelancongan-teruskan ke seksyen 4

4.Bangsa?
( ) melayu
( )india
( )cina
( )lain-lain. Nyatakan:...............

5.Pekerjaan?
Nyatakan : ..................

6.Tempat tinggal?
Nyatakan : ......................



Bahagian B
Seksyen 1(penduduk tempatan)



1.Berapa lama anda tinggal di sini?
( )kurg 5 thun ( )5-10 thun ( ) 10thun ke atas

2.Pada pendapat anda,apakah tarikan utama untuk pelancong datang ke sini?
( )tempat besejarah-makam laksamana bentan
( )khazanah alam-kunang-kunang& air terjun
( )membeli-belah-perniagaan tekstil

3.Apakah tarikan lain selain daripada tempat-tempat perlancongan yang dinyatakan di atas?
( )makanan
( )kebudayaan
( )lain-lain.nyatakan-............................................................

4.Sejauh manakah kesan banjir terhadap kehidupan seharian anda?
( )teruk
( )tidak banyak berubah


5.Pada pendapat anda, bilakah waktunya pelancong asing datang ke kota tinggi?
( )awal tahun
( )tgah tahun
( )akhir tahun
( )cuti sekolah
( )lain-lain

6.Bangsa pelancong?
( )penduduk tempatan
( )luar Negara


7.Perbezaan jumlah pelancong yang datang?
( )makin ramai
( )makin kurang
( )tiada perbezaan


8.Pada pendapat anda,apakah punca berlakunya banjir pada 2006/07 di Kota Tinggi?
............................................................................................................



Seksyen 2(peniaga)


1.Berapa lama anda berniaga di sini?
( )kurg 5 thun ( )5-10 thun ( ) 10thun ke atas

2.Pada pendapat anda,apakah tarikan utama untuk pelancong datang ke sini?
( )tempat besejarah-makam laksamana bentan
( )khazanah alam-kunang-kunang& air terjun
( )membeli-belah-perniagaan tekstil

3.Apakah tarikan lain selain daripada tempat-tempat perlancongan yang dinyatakan di atas?
( )makanan
( )kebudayaan
( )lain-lain.nyatakan-............................................................

4.Sejauh manakah kesan banjir terhadap aktiviti perniagaan anda?
( )teruk
( )tidak banyak berubah


5.Pada pendapat anda, bilakah waktunya pelancong asing datang ke Kota tinggi?
( )awal tahun
( )tgah tahun
( )akhir tahun
( )cuti sekolah
( )lain-lain

6.Bangsa pelancong?
( )penduduk tempatan
( )luar Negara


7.Perbezaan jumlah pelancong yang datang?
( )makin ramai
( )makin kurang
( )tiada perbezaan

8.Adakah penduduk@kerajaan Kota Tinggi ada menganjurkan apa-apa aktiviti untuk menyambut para pelancong?jika ada,nyatakan.
………………………………………………………………………………..

9.Pada pendapat anda,apakah punca berlakunya banjir pada 2006/07 di Kota Tinggi?
.....................................................................................




Seksyen 3 (pelancong)


1.Berapa lama anda bercuti di sini?
( )kurang seminggu ( )lebih daripada seminggu

2.Pada pendapat anda,apakah tarikan utama untuk anda datang ke sini?
( )tempat besejarah-makam laksamana bentan
( )khazanah alam-kunang-kunang& air terjun
( )membeli-belah-perniagaan tekstil

3.Apakah tarikan lain selain daripada tempat-tempat perlancongan yang dinyatakan di atas?
( )makanan
( )kebudayaan
( )lain-lain.nyatakan-............................

4.pernahkah anda datang ke sini sebelum ini?
( )tidak pernah
( ) pernah
Jika pernah,kali ini kali yang ke berapa? Nyatakan.......................

5.Pada pendapat anda, bilakah waktunya pelancong datang ke kota tinggi?
( )awal tahun
( )tgah tahun
( )akhir tahun
( )cuti sekolah
( )lain-lain

6.kewarganegaraan
( )penduduk Malaysia
( )luar Negara. Nyatakan………………….

7.Penginapan para pelancong?
( )hotel dalam Kota Tinggi
( )hotel luar Kota Tinggi
Nyatakan nama hotel penginapan anda……………………..

8.sejauh manakah pengetahuan anda terhadap kejadian banjir yang berlaku di daerah ini?
………………………………………………………………………………..

9.Adakah penduduk@kerajaan Kota Tinggi ada menganjurkan apa-apa aktiviti untuk menyambut para pelancong?jika ada,nyatakan.
………………………………………………………………………………..



Seksyen 4(pekerja pejabat pelancongan)

1.Berapa lama anda bekerja di sini?
( )kurg 5 thun ( )5-10 thun ( ) 10thun ke atas

2.Pada pendapat anda,apakah tarikan utama untuk pelancong datang ke sini?
( )tempat besejarah-makam laksamana bentan
( )khazanah alam-kunang-kunang& air terjun
( )membeli-belah-perniagaan tekstil

3.Apakah tarikan lain selain daripada tempat-tempat perlancongan yang dinyatakan di atas?
( )makanan
( )kebudayaan
( )lain-lain.nyatakan-..............................


4.Pada pendapat anda, bilakah waktunya pelancong asing datang ke Kota Tinggi?
( )awal tahun
( )tgah tahun
( )akhir tahun
( )cuti sekolah
( )lain-lain

5.Bangsa pelancong?
( )penduduk tempatan
( )luar Negara

6.Penginapan para pelancong?
( )hotel dalam Kota Tinggi
( )hotel luar Kota Tinggi

7.Perbezaan jumlah pelancong yang datang selepas banjir?
( )makin ramai
( )makin kurang
( )tiada perbezaan

9.Apakah tindakan jabatan pelancongan Kota Tinggi dalam membaik pulih sektor peancongan di Kota Tinggi?
………………………………………………………………………………..

10.Pada pendapat anda,adakah sektor pelancongan di Kota Tinggi ini sudah puih sepenuhnya?
....................................................................................

Tentatif Program

Sabtu (01/09/07)
2.00 p.m – melawat ke Makam Laksamana Bentan dan menjalankan soal selidik
6.00 p.m – melawat ke kawasan Bandar Kota Tinggi
8.00 p.m – melawat kawasan kunang-kunang.

Ahad (02/09/07)
9.00 a.m – melawat ke sekitar Bandar Kota Tinggi dan kawasan perniagaan tekstil
1.00 p.m – rehat dan solat
2.00 p.m – melawat ke kawasan hotel-hotel di sekitar bandar Kota Tinggi
4.30 p.m – rehat dan solat
5.00 p.m – riadah
7.00 p.m – rehat dan solat
8.00 p.m – penerusan kajian lapangan.
11.00 p.m – rehat

Isnin (03/09/07)
8.00 a.m – melawat ke Kota Tinggi
4.00 p.m – rombongan bertolak kembali ke UKM
8.00 p.m – tiba di UKM

No posts.
No posts.